➡ TIPS CANTIK DENGAN LEMON ⬅
.
.
1. Memutihkan Wajah
.
Lemon mengandungi asid sitrik yang bertindak sebagai agen pemutih semulajadi. Sifat pemutih ini bertindak membantu mencerahkan warna kulit.
.
Caranya : Campur 2 sudu jus lemon bersama 3 sudu air, kacau sebati dan sapu pada seluruh wajah dan leher. Biarkan 30 minit, bilas dengan air sejuk.
.
Ulangi setiap hari untuk hasil yang cepat
Boleh tambah sedikit madu/baking soda
.
2. Menghapuskan Jerawat & Parut
.
Lemon memang terkenal sebagai salah satu agen untuk memudarkan parut jerawat.
.
Scrub lemon pada wajah, biarkan 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
.
Ulangi beberapa hari, dan pasti nampak sedikit perubahan.
.
3. Menghapuskan Bintik Hitam/Blackhead
.
Sapu ekstrak jus lemon pada bintik hitam tersebut. Buat beberapa hari sehingga bintik hitam tersebut hilang.
.
4. Menghilangkan Tompok Gelap dan kesan Pigmentasi
.
Untuk menghilangkan tompok gelap dan kesan pigmentasi pada wajah, sapu jus lemon pada bahagian muka yang terlibat.
.
Ulangi langkah dan akan nampak perubahan tersebut. tompok gelap semakin cerah dan kesan pigmentasi semakin berkurang.
.
5. Kelihatan Awet Muda
.
Campur jus lemon, minyak badam dan madu. Biarkan campuran itu pekat. sapu diseluruh muka dan bilas selepas 15 minit.
.
Selamat Mencuba...jom SHARE..